Tuesday, 24 May 2011

MLM oh MLM

Anonymous Wajdi kembali lagi dengan tajuk yang agak tak boleh blah... MLM... Satu penyakit yang menyerang kalangan student universiti di Malaysia sekarang ini... Saya hairan bagaimana someone leh berminat menyertai bisnes menipu ditipu ni... Saya pernah diajak oleh ex housemate saya di U untuk mendengar taklimat tentang MLM ni... Awalnya, mereka promosi habis habisan barangan mereka tetapi itu cuma sekadar satu platform yang dorang guna untuk menipu... Kemudian, mereka mula memperkenalkan pakej pakej yang terdapat dalam perniagaan mereka... Mereka menjanjikan keuntungan yang banyak dalam jangka masa yang singkat... Sungguhh, sesiapa yang tidak berakal pasti akan tertambat hatinya... Kepada para pelajar yang tak mampu untuk membayar yuran yang dikenakan, mereka mengajar cara cara untuk mencari duit ataupun juga dikenali sebagai "fight market"... Mangsa diminta untuk menghubungi saudara mara dan kawan kawan untuk meminjam wang dengan cara mereka reka cerita kononnya mereka dalam masalah peribadi yang sangat teruk... Mereka diminta untuk mencari wang sejumlah 2000 ringgit dalam masa seminggu... Selesai urusan pembayaran yuran, mereka diminta pula mencari downline untuk mengembangkan perniagaan... Mereka perlu juga menghadiri beberapa taklimat untuk menambahkan ilmu perniagaan kononnya... Mereka berbangga kononnya orang atas sanggup turun padang untuk menolong mereka tetapi mereka tak sedarkah kalau orang bawah tidak mencari mangsa, sistem MLM akan lumpuh dan orang atas juga tak kan mampu untuk mendapat hasil penipuan lagi... Sungguh MLM ini mampu menukar seorang yang baik menjadi seorang yang moody... Saya tahu kerana saya mempunyai seorang kawan yang menjadi begitu..
Semoga mangsa MLM akan sedar penipuan tersebut sebelum terlambat.. That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

No comments:

Post a Comment