Thursday 26 May 2011

Sedih Budaya Tiru Ni

Anonymous Wajdi kembali lagi... Satu fenomena baru melanda muzik Malaysia baru baru ini... Keindahan pop, Malaysian pop whatever name they said, to me, it just totally bullshit... Aih, saya tak nak guna bahasa tak best ni, tapi tu la... Korang tengok la sendiri ea...



That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

Wednesday 25 May 2011

Anda Stress?

Hope korang terhibur... Anonymous Wajdi kalau tension, leh bergelak tgk video ni...
Enjoy it... That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

Direject?

Hye semua... Anonymous Wajdi ingin berkongsi cerita tentang rejection ni... Sebelum saya pulang ke rumah untuk menikmati cuti semester, rakan kepada housemate saya telah mati dibunuh oleh teman lelakinya kerana dia menolak lamaran lelaki tersebut... Sedih tapi kes itu membuat saya berfikir kenapa sehingga sedemikian reaksi lelaki berkenaan.. Perlulah kita berdendam dengan seseorang sekiranya dia tidak mahukan kita? Pemikiran yang rasional pasti akan mengatakan tidak...

Kalau benar lelaki itu mencintai perempuan yang dia minati, kenapa perlu dia bermasam muka, or lebih teruk membunuh perempuan tersebut just sebab direject? Maybe mental lelaki itu bukan dalam keadaan normal.. Kalau kita ikhlas mencintai seseorang, kita tak perlulah mengharapkan balasan apa apa.. Cukuplah dengan mengetahui yang seseorang itu hidup gembira dan selesa.... Kalau dia bersama kita tapi sengsara, still tiada gunanya di mata saya...

Mesti ada sebab di sebalik penolakan itu... Janganlah kita terlalu bersedih sekiranya ditolak.. Move on.. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita... Dekatkanlah diri kepadaNya... Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dariNya...That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

Jangan Salahkan Lantai Kalau Tak Pandai Menari

This is the first post from me, the Anonymous Wajdi in the F Words Of Today label... Jangan salahkan lantai kalau tak pandai menari... Menjadi lumrah dalam satu kelas, pasti ada sekelompok student yang berfikiran negatif dan akan menyalahkan pihak lain atas kegagalan diri sendiri... Kononnya lecturer boring, banyak sangat benda nak kena buat, dan pelbagai lagi alasan dilontarkan untuk menyembunyikan kelemahan diri sendiri... Kenapa ini terjadi? Adakah ini sifat semulajadi orang melayu? Or manusia amnya?

Apa kita tak ada usaha tersendiri ke untuk membolehkan kita mencapai kejayaan dalam kehidupan?... Kita cuma perlu mengharapkan bantuan orang lain semata mata? Well, open up your mind.... Think positive... Jangan asyik salahkan orang saja... Apa gunanya kita? Janganlah kita mudah berputus asa sekiranya terdapat pelbagai dugaan dalam perjalanan hidup kita... What doesn't kill us will make us stronger... Saya yakin dengan usaha dan doa, kita pasti berjaya... Pasti adanya sebab di sebalik kegagalan...

That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

Anime.... Baik Atau Buruk?

Korang pernah tak tonton anime? Ada yang pernah , ada yang tak... Entah kenapa, kebanyakan budak budak skema merupakan peminat tegar anime... Persoalan yang tak dapat saya jawab... Anonymous Wajdi juga merupakan seorang peminat anime.... Tapi tak lah sehingga ke tahap die hard fan.... Saya seorang peminat rancangan Naruto Shippuden... Plotnya menarik dan penuh dengan aksi yang gempak... Agak cool macam mana seorang budak yang disisih tetiba leh jadi hero negara haha... Begitulah dunia.... Ramai cakap anime ni tak elok la... Apa la dia tu leh minat anime... Macam budak budak... Well, saya hormat pendapat mereka tapi this is my life, why should I listen to those voices.... Anime ni pun banyak gak dia nya kebaikan... Anime ni kalau disiarkan kepada kanak kanak, saya yakin pelbagai pengajaran dapat diambil oleh mereka... Contohnya seperti setiakawan, semangat tidak mudah berputus asa, tiada jalan singkat untuk menuju kejayaan dan banyak lagi... At least, dorang yang tengok anime ni tak la wat benda tak berfaedah macam zina or what so ever... Janganlah jadi monyet ya asyik mencari kesalahan orang or mengutuk apa yang orang wat... Macam bodoh ja... That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

English or Melayu?

Hye semua... Anonymous Wajdi kembali lagi... Saya tertarik untuk menulis tentang tajuk ini kerana ramai pihak berdebat tentang kepentingan English dalam kehidupan di dunia moden ini... Saya juga lihat ramai kawan saya yang turut menulis blog, menulis post mereka dalam English... Saya tak nafikan kepentingan English dalam dunia ini tetapi kita sebagai orang melayu janganlah menidakkan bahasa kita sendiri... Jangan anda fikir saya kolot kerana saya juga pengguna English yang kerap.. Saya seorang peminat gusti... Ini membantu meningkatkan kemahiran saya dalam English, tak perlulah saya beritahu kenapa... Korang ade akal.. Ya kan? Kalau anda berniat menggunakan English as a medium untuk membuat masyarakat fikir bahawa korang cool or whatever, saya cuma leh gelakkan anda saja... Lambat atau cepat, satu hari nanti anda pasti akan digelakkan oleh orang ramai... Gunakan lah English dengan niat untuk menambah ilmu kita dalam dunia ini... Tak perlu berlagak, kerana kalau anda rasa anda hebat menggunakan English, pasti ada yang lebih hebat dari anda... Bahasa Melayu, Malaysia whatever yang orang panggil kalau tidak kita sendiri guna, mustahil Sivaji The Boss nak guna... So, fikir fikirkan la.... That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

Tuesday 24 May 2011

Internet Dan Rakan

Kebanyakan remaja pada hari ini pasti pandai menggunakan internet... Laman sembang sosial antara laman web yang paling banyak digunakan oleh remaja pada zaman ini... Facebook, twitter, myspace, friendster merupakan contoh laman sembang sosial yang popular or pernah popular... Anonymous Wajdi juga tak ketinggalan dalam fenomena ni... Ramai rakan rakan cyber yang saya kenal dan masih lagi rapat macam Biela Bell, Nazreen, Kyo dan ramai lagi.... Tak ketinggalan juga dengan bantuan internet, saya juga berjaya menyambung kembali tali persahabatan yang putus disebabkan beberapa faktor... Tanpa tagged, tak mungkin saya akan berhubung kembali dengan Sufi dan ramai lagi... Saya seronok dapat berchatting dengan rakan kerana at least saya tak melakukan perkara perkara yang merosakkan akal... Thanks kepada kawan kawan kerana membuatkan cuti saya menjadi kurang bosan... Hurm, cinta di internet satu fenomena yang pelik juga pada saya... Saya tak faham bagaimana seseorang boleh bercinta dengan someone yang dia tak pernah jumpa pun... Bukan kah ada sedikit kejanggalan nya di situ? Apa apa pun, gunakan la laman sembang sosial dengan sebaiknya... Jangan la menyalah gunakannya untuk menipu dan pelbagai aktiviti tak baik lagi... That's it for now... Thanks for reading... Take care... Thank you... Jumpa lagi....