Tuesday, 24 May 2011

Chenta? Cinta? Shin Chan?

Cinta... Love...
Apa apa pun yang manusia sebut, menjadi lumrah alam setiap manusia akan mendapat perasaan ini apabila tiba masanya dalam hidup mereka... Anonymous Wajdi tertarik nak tulis pasal tajuk ini sebab saya seronok melihat rakan rakan yang asyik ber"couple" dalam kehidupan remaja mereka... Seorang ustaz di sebuah kolej di sebuah negeri di utara pernah berkata bahawa couple itu haram... Tapi, still ramai yang tahu tapi masih juga melakukannya... Korang jangan fikir yang saya ni suci, saya bukan macam tu... Memang naif la kalau korang fikir macam tu haha... Saya juga jatuh cinta... Saya tak nak la cerita tentang saya dalam hal ni, boooring haha... Tapi, saya nak cerita tentang sesetengah orang yang begitu asyik bercinta dengan berkepit ke sana sini berpegangan tangan tanpa sebarang ikatan tetapi kemudiannya putus di tengah jalan... Weekkk, poyo ja bunyi... Kemudian, bila hubungan dah terputus, bergaduh pula tak kira tempat, masa dan platform... Internet lazim menjadi platform pihak lelaki menyalahkan perempuan vice versa... Meluat, menyampah semua ada... Kenapa ini terjadi? Why? Teringat satu lagu dari Plain White T's bertajuk Hate... Best lagu tu... Kalau betul korang cintakan pasangan korang, hargailah dia... Kalau korang mengorat tapi dia tak nak,jangan lah benci dia... Move on... Kalau cinta terputus, mesti ada sebab semua tu... Say no to sex before marriage... Anda bijak jauhi zina... Sayangilah pasangan anda... Kalau dah tak da jodoh, janganlah benci membenci pula... Menambahkan stress ja... That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

No comments:

Post a Comment