Thursday, 26 May 2011

Sedih Budaya Tiru Ni

Anonymous Wajdi kembali lagi... Satu fenomena baru melanda muzik Malaysia baru baru ini... Keindahan pop, Malaysian pop whatever name they said, to me, it just totally bullshit... Aih, saya tak nak guna bahasa tak best ni, tapi tu la... Korang tengok la sendiri ea...



That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

Wednesday, 25 May 2011

Anda Stress?

Hope korang terhibur... Anonymous Wajdi kalau tension, leh bergelak tgk video ni...
Enjoy it... That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

Direject?

Hye semua... Anonymous Wajdi ingin berkongsi cerita tentang rejection ni... Sebelum saya pulang ke rumah untuk menikmati cuti semester, rakan kepada housemate saya telah mati dibunuh oleh teman lelakinya kerana dia menolak lamaran lelaki tersebut... Sedih tapi kes itu membuat saya berfikir kenapa sehingga sedemikian reaksi lelaki berkenaan.. Perlulah kita berdendam dengan seseorang sekiranya dia tidak mahukan kita? Pemikiran yang rasional pasti akan mengatakan tidak...

Kalau benar lelaki itu mencintai perempuan yang dia minati, kenapa perlu dia bermasam muka, or lebih teruk membunuh perempuan tersebut just sebab direject? Maybe mental lelaki itu bukan dalam keadaan normal.. Kalau kita ikhlas mencintai seseorang, kita tak perlulah mengharapkan balasan apa apa.. Cukuplah dengan mengetahui yang seseorang itu hidup gembira dan selesa.... Kalau dia bersama kita tapi sengsara, still tiada gunanya di mata saya...

Mesti ada sebab di sebalik penolakan itu... Janganlah kita terlalu bersedih sekiranya ditolak.. Move on.. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita... Dekatkanlah diri kepadaNya... Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dariNya...That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

Jangan Salahkan Lantai Kalau Tak Pandai Menari

This is the first post from me, the Anonymous Wajdi in the F Words Of Today label... Jangan salahkan lantai kalau tak pandai menari... Menjadi lumrah dalam satu kelas, pasti ada sekelompok student yang berfikiran negatif dan akan menyalahkan pihak lain atas kegagalan diri sendiri... Kononnya lecturer boring, banyak sangat benda nak kena buat, dan pelbagai lagi alasan dilontarkan untuk menyembunyikan kelemahan diri sendiri... Kenapa ini terjadi? Adakah ini sifat semulajadi orang melayu? Or manusia amnya?

Apa kita tak ada usaha tersendiri ke untuk membolehkan kita mencapai kejayaan dalam kehidupan?... Kita cuma perlu mengharapkan bantuan orang lain semata mata? Well, open up your mind.... Think positive... Jangan asyik salahkan orang saja... Apa gunanya kita? Janganlah kita mudah berputus asa sekiranya terdapat pelbagai dugaan dalam perjalanan hidup kita... What doesn't kill us will make us stronger... Saya yakin dengan usaha dan doa, kita pasti berjaya... Pasti adanya sebab di sebalik kegagalan...

That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

Anime.... Baik Atau Buruk?

Korang pernah tak tonton anime? Ada yang pernah , ada yang tak... Entah kenapa, kebanyakan budak budak skema merupakan peminat tegar anime... Persoalan yang tak dapat saya jawab... Anonymous Wajdi juga merupakan seorang peminat anime.... Tapi tak lah sehingga ke tahap die hard fan.... Saya seorang peminat rancangan Naruto Shippuden... Plotnya menarik dan penuh dengan aksi yang gempak... Agak cool macam mana seorang budak yang disisih tetiba leh jadi hero negara haha... Begitulah dunia.... Ramai cakap anime ni tak elok la... Apa la dia tu leh minat anime... Macam budak budak... Well, saya hormat pendapat mereka tapi this is my life, why should I listen to those voices.... Anime ni pun banyak gak dia nya kebaikan... Anime ni kalau disiarkan kepada kanak kanak, saya yakin pelbagai pengajaran dapat diambil oleh mereka... Contohnya seperti setiakawan, semangat tidak mudah berputus asa, tiada jalan singkat untuk menuju kejayaan dan banyak lagi... At least, dorang yang tengok anime ni tak la wat benda tak berfaedah macam zina or what so ever... Janganlah jadi monyet ya asyik mencari kesalahan orang or mengutuk apa yang orang wat... Macam bodoh ja... That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

English or Melayu?

Hye semua... Anonymous Wajdi kembali lagi... Saya tertarik untuk menulis tentang tajuk ini kerana ramai pihak berdebat tentang kepentingan English dalam kehidupan di dunia moden ini... Saya juga lihat ramai kawan saya yang turut menulis blog, menulis post mereka dalam English... Saya tak nafikan kepentingan English dalam dunia ini tetapi kita sebagai orang melayu janganlah menidakkan bahasa kita sendiri... Jangan anda fikir saya kolot kerana saya juga pengguna English yang kerap.. Saya seorang peminat gusti... Ini membantu meningkatkan kemahiran saya dalam English, tak perlulah saya beritahu kenapa... Korang ade akal.. Ya kan? Kalau anda berniat menggunakan English as a medium untuk membuat masyarakat fikir bahawa korang cool or whatever, saya cuma leh gelakkan anda saja... Lambat atau cepat, satu hari nanti anda pasti akan digelakkan oleh orang ramai... Gunakan lah English dengan niat untuk menambah ilmu kita dalam dunia ini... Tak perlu berlagak, kerana kalau anda rasa anda hebat menggunakan English, pasti ada yang lebih hebat dari anda... Bahasa Melayu, Malaysia whatever yang orang panggil kalau tidak kita sendiri guna, mustahil Sivaji The Boss nak guna... So, fikir fikirkan la.... That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

Tuesday, 24 May 2011

Internet Dan Rakan

Kebanyakan remaja pada hari ini pasti pandai menggunakan internet... Laman sembang sosial antara laman web yang paling banyak digunakan oleh remaja pada zaman ini... Facebook, twitter, myspace, friendster merupakan contoh laman sembang sosial yang popular or pernah popular... Anonymous Wajdi juga tak ketinggalan dalam fenomena ni... Ramai rakan rakan cyber yang saya kenal dan masih lagi rapat macam Biela Bell, Nazreen, Kyo dan ramai lagi.... Tak ketinggalan juga dengan bantuan internet, saya juga berjaya menyambung kembali tali persahabatan yang putus disebabkan beberapa faktor... Tanpa tagged, tak mungkin saya akan berhubung kembali dengan Sufi dan ramai lagi... Saya seronok dapat berchatting dengan rakan kerana at least saya tak melakukan perkara perkara yang merosakkan akal... Thanks kepada kawan kawan kerana membuatkan cuti saya menjadi kurang bosan... Hurm, cinta di internet satu fenomena yang pelik juga pada saya... Saya tak faham bagaimana seseorang boleh bercinta dengan someone yang dia tak pernah jumpa pun... Bukan kah ada sedikit kejanggalan nya di situ? Apa apa pun, gunakan la laman sembang sosial dengan sebaiknya... Jangan la menyalah gunakannya untuk menipu dan pelbagai aktiviti tak baik lagi... That's it for now... Thanks for reading... Take care... Thank you... Jumpa lagi....

Chenta? Cinta? Shin Chan?

Cinta... Love...
Apa apa pun yang manusia sebut, menjadi lumrah alam setiap manusia akan mendapat perasaan ini apabila tiba masanya dalam hidup mereka... Anonymous Wajdi tertarik nak tulis pasal tajuk ini sebab saya seronok melihat rakan rakan yang asyik ber"couple" dalam kehidupan remaja mereka... Seorang ustaz di sebuah kolej di sebuah negeri di utara pernah berkata bahawa couple itu haram... Tapi, still ramai yang tahu tapi masih juga melakukannya... Korang jangan fikir yang saya ni suci, saya bukan macam tu... Memang naif la kalau korang fikir macam tu haha... Saya juga jatuh cinta... Saya tak nak la cerita tentang saya dalam hal ni, boooring haha... Tapi, saya nak cerita tentang sesetengah orang yang begitu asyik bercinta dengan berkepit ke sana sini berpegangan tangan tanpa sebarang ikatan tetapi kemudiannya putus di tengah jalan... Weekkk, poyo ja bunyi... Kemudian, bila hubungan dah terputus, bergaduh pula tak kira tempat, masa dan platform... Internet lazim menjadi platform pihak lelaki menyalahkan perempuan vice versa... Meluat, menyampah semua ada... Kenapa ini terjadi? Why? Teringat satu lagu dari Plain White T's bertajuk Hate... Best lagu tu... Kalau betul korang cintakan pasangan korang, hargailah dia... Kalau korang mengorat tapi dia tak nak,jangan lah benci dia... Move on... Kalau cinta terputus, mesti ada sebab semua tu... Say no to sex before marriage... Anda bijak jauhi zina... Sayangilah pasangan anda... Kalau dah tak da jodoh, janganlah benci membenci pula... Menambahkan stress ja... That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

MLM oh MLM

Anonymous Wajdi kembali lagi dengan tajuk yang agak tak boleh blah... MLM... Satu penyakit yang menyerang kalangan student universiti di Malaysia sekarang ini... Saya hairan bagaimana someone leh berminat menyertai bisnes menipu ditipu ni... Saya pernah diajak oleh ex housemate saya di U untuk mendengar taklimat tentang MLM ni... Awalnya, mereka promosi habis habisan barangan mereka tetapi itu cuma sekadar satu platform yang dorang guna untuk menipu... Kemudian, mereka mula memperkenalkan pakej pakej yang terdapat dalam perniagaan mereka... Mereka menjanjikan keuntungan yang banyak dalam jangka masa yang singkat... Sungguhh, sesiapa yang tidak berakal pasti akan tertambat hatinya... Kepada para pelajar yang tak mampu untuk membayar yuran yang dikenakan, mereka mengajar cara cara untuk mencari duit ataupun juga dikenali sebagai "fight market"... Mangsa diminta untuk menghubungi saudara mara dan kawan kawan untuk meminjam wang dengan cara mereka reka cerita kononnya mereka dalam masalah peribadi yang sangat teruk... Mereka diminta untuk mencari wang sejumlah 2000 ringgit dalam masa seminggu... Selesai urusan pembayaran yuran, mereka diminta pula mencari downline untuk mengembangkan perniagaan... Mereka perlu juga menghadiri beberapa taklimat untuk menambahkan ilmu perniagaan kononnya... Mereka berbangga kononnya orang atas sanggup turun padang untuk menolong mereka tetapi mereka tak sedarkah kalau orang bawah tidak mencari mangsa, sistem MLM akan lumpuh dan orang atas juga tak kan mampu untuk mendapat hasil penipuan lagi... Sungguh MLM ini mampu menukar seorang yang baik menjadi seorang yang moody... Saya tahu kerana saya mempunyai seorang kawan yang menjadi begitu..
Semoga mangsa MLM akan sedar penipuan tersebut sebelum terlambat.. That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

High Espectation

Saya ada baca status kawan saya di facebook yang lebih kurang begini... Jangan la berharap terlalu tinggi atau kita akan kecewa ya amat... Hurm, saya hormat dia nya pendapat tapi saya berpendapat sebaliknya... Tanpa harapan, kita tak kan ada penggerak untuk kita melakukan sesuatu dalam kehidupan seharian kita... Hidup kita akan menjadi boring dan tak ada matlamat... Dan itu sudah semestinya bukan hidup yang Anonymous Wajdi impikan.... Saya bukan seorang yang bijak... Tapi saya ada matlamat saya sendiri... Saya ingin berjaya dalam hidup saya... Kekadang, kita tak perlu dengar kata kata orang lain untuk menentukan hidup kita sendiri... Ya, kita perlukan nasihat dari yang lebih pakar tapi hidup kita, kita yang tentukan la kan... By the way, about kegagalan... Allah maha adil... Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmahnya... Mesti ada sebab kenapa kita gagal... Takkan pokok bergoyang melainkan ditiup angin.... Saya dah terjatuh berkali kali dalam hidup saya... Tapi, you know what, saya tak kan give up.... Saya akan terus mencuba untuk mendaki tangga kejayaan kerana saya tahu saya pasti akan berjaya nanti... Begitu juga dengan ANDA.... Kalau kita gagal sekali, itu tak bermakna kita akan gagal selamanya... Janganlah berputus asa kerana Allah bersamamu... Macam pernah dengar ja ayat tu... Entah la... Jadi usahalah untuk menjadi yang terbaik dalam apa saja yang kita semua buat... That's it for now...
Thanks for reading... Take care... Thank you.... Jumpa lagi.....

Wajdi Dan Muzik... Negatifkah muzik itu?

Wajdi dan muzik....
Sebut pasal muzik ni... Ada yang suka, ada yang benci, ada yang endah tak endah...
Tapi apa apa pun, Anonymous Wajdi tak boleh hidup tanpa muzik....
That's a fact yang tak dapat disangkal....
Terdapat pelbagai stesen radio di Malaysia ini, tapi antara yang paling saya minat X fm...
Dorang sekarang dah evolve dari just mainkan lagu anak anak tempatan menjadi satu radio rock...
Dari radio ni la saya knal band macam 7collartshirt, bagak, the azenders, projek pistol, they will kill us all dan banyak lagi... Korang jangan lak pikir saya tak layan lagu lagu band luar.... Untuk pengetahuan korang, saya juga peminat tegar Avenged Sevenfold, Billy Talent, Papa Roach, dan banyak lagi la.... Apa apa pun, saya cuma nak  korang jangan la babitkan muzik dengan semua benda benda yang tak berfaedah... Memang sometimes muzik leh jadi pengaruh tak sihat dalam life kita tapi bukan semua... Contohnya, kalau budak budak pergi gigs kat Malaysia ni, sambil dorang melayan lagu band band favourite dorang, dorang mosh, berpeluh semua tu kan satu jenis senaman gak... Tak ada pun band band yang minta peminat dorang layan benda benda negatif macam drugs, alcohol, bitch semua tu.... Muzik just a platform that can help people to release their stress... Apa apa pun, kita kena la jadi cerdik dan menolak benda benda negatif yang boleh merosakkan kita... Kita ada akal, jadi gunakanlah akal tu sebaik mungkin.... Kalau ada artis yang perangai tak bape nak best, jangan la ikut... Saya bagi contoh Maher Zain... Dia gunakan muzik as a platform untuk berdakwah... Bagus kan tu... Jadi, bukan setiap benda berkaitan dengan muzik adalah negatif... That's it for now... Thanks for reading... Take care... Thank you... Jumpa lagi....

Breaking Some Ice

Hye semua.... Saya Wajdi... Cukuplah itu saja yang para pembaca sekalian perlu tahu...
Blog ini akan digunakan sebagai satu platform untuk saya meluahkan apa yang saya rasa tentang apa yang berlaku di dunia hari ini... Saya juga seorang peminat setia sukan gusti.... Jadi mungkin akan terdapat juga beberapa post tentang acara gusti... Post dalam blog ini akan ditulis dalam bahasa melayu ataupun english, bergantung kepada mood saya... Sekian buat masa ini...
Take care... Thank you... Jumpa lagi....